Sunday, 25 March 2012
CARA MENGUNAKAN TONG KITAR SEMULA
maklumat mengenai kaedah penggunaan tong kitar semula
(dipetik daripada http://www.sisa.my/cmssite/content.php?lev=2&cat=29&pageid=794&lang=bm)
|
Monday, 19 March 2012
KOLEKSI TONG SAMPAH KITAR SEMULA DI DUNIA
Malaysia |
Spain |
Berlin |
Toronto |
Dubai (mungkin disebelah tu tong kitar semula mereka) |
Mexico |
China |
UK |
Jepun |
Australia |
Perancis |
Mesir |
Scotland |
Greece |
Italy |
NILAI-NILAI MURNI ALAM SEKITAR
Nilai-nilai murni
berikut dikenalpasti sebagai nilai utama untuk disebar kepada
pelajar dan orang
awam.
1. Prinsip Rendah
Diri:
Bumi bukanlah
milik kita manusia, kita adalah sebahagian dari Bumi dan Alam
(sekurang- kurangnya diri atau jasad kita yang fizikal ini adalah sebahagian
daripada Alam).
2. Prinsip
Bekerjasama :
Peranan kita
ialah memahami alam tabii dan bekerja serta hidup dengan cara seiring
jalan atau dengan cara yang berharmoni dengannya, dan bukan untuk
menawan atau menjajahnya.
Bumi tempat kita berlindung |
3. Prinsip
Menghormati Alam atau Bumi :
Semua spesis
mempunyai hak untuk hidup atau sekurang-kurangnya
berjuang untuk hidup, oleh
kerana ia juga makhluk yang dijadikan
Tuhan. Hak mereka ini tidak
bergantung kepada samada spesis
tersebut ‘berguna’ atau tidak kepada
manusia.
4. Prinsip Hidup
Seimbang :
Perkara-perkara
yang terbaik di dalam hidup bukan sahaja kebendaan,
perasaan
kebahagiaan perlu diambil kira.
5. Prinsip
Mementingkan Kemampanan Ekosistem:
Sesuatu itu
adalah baik apabila ia dapat mengekalkan keutuhan ekologi, keterusan dan
kepelbagaian sistem-sistem yang menyara kehidupan di Bumi untuk kita
dan hidupan-hidupan lain dan salah apabila ia mengakibatkan yang
sebaliknya.
6. Prinsip
Mengekalkan Hidupan Liar dan Kepelbagaian Hidup atau Biodiversiti :
Amatlah salah
bagi manusia mengakibatkan kepupusan mana-mana spesis liar serta
menghapus dan mengdegradasikan habitat mereka
7. Prinsip
Kerosakan Yang Minima :
Apabila kita
terpaksa melakukan perubahan kepada Alam atau Bumi untuk memenuhi
keperluan kita, kita mestilah memilih cara yang akan mengakibatkan
kerosakan yang minima.
8. Prinsip
Perubahan Berterusan :
Sekiranya kita
ingin melakukan perubahan kepada Alam atau Bumi, kita mestilah mengikut
kadar dan cara yang sesuai dengan Alam atau Bumi.
9. Prinsip
Ekonomi Bukanlah Segala-galanya
Amatlah salah
sekiranya dianggap manusia dan benda-benda hidup sebagai tidak mempunyai
sebarang nilai selain daripada nilai ekonomi.
10. Prinsip
Mengiktiraf Hak Mereka Yang Belum Lahir atau Hak Generasi Yang Akan Datang
Kita harus
meninggalkan Bumi dalam keadaan yang sama kalau tidak pun
lebih baik lagi.
11. Prinsip
Tanggungjawab Setiap Individu:
Bahan kimia yang tidak dibuang secara terancang mampu mencemarkan alam sekitar. |
Semua orang
mestilah bertanggungjawab ke atas pencemaran dan degradasi
alam sekitar yang
diakibatkan olehnya. Membuang bahan cemar di tempat
orang lain adalah
seumpama kita meracuni orang yang mendiami tempat
kita membuang
bahan cemar itu.
12. Prinsip
Kesederhanaan:
Tiada individu,
badan korporat ataupun negara mempunyai hak yang tidak terbatas ke atas
sumber-sumber Alam atau Bumi yang terhad, jangan biarkan keperluan
bertukar menjadi laba.
13. Prinsip
Perlindungan dan Pemulihan Ekosistem
Kita mestilah
melindungi ekosistem yang masih liar dan memperbaiki semula semua yang
telah rosak.
14. Prinsip Etika
Melebihi Hukum
Di dalam
melindungi dan memastikan keteruswujudan Alam atau Bumi berbuatlah lebih
daripada apa yang diminta oleh undang-undang.
15. Prinsip
Mengalami dan Menghayati Adalah Yang paling Baik
Cintailah Alam
atau Bumi dengan mengalami dan menghayati udara, air, tanah, tumbuhan
dan haiwan-haiwannya.
16. Prinsip
Cintakan Persekitaran
Kenalilah
persekitaran kita
Diperoleh daripada laman web: http://www.doe.gov.my/dmdocuments/KomStrategik/BUKU%2011.pdf
INGIN TAHU MENGENAI SMK ST. PETER BUNDU???
Pada bulan Ogos tahun yang sama, Jabatan Pembangunan
Persekutuan Sabah (JPPS) telah meluluskan peruntukan RM 100,000 bagi membina
tandas pelajar. Pada tahun 2007, sebuah jalan raya berturap telah dibina di
jalan masuk sekolah bagi memudahkan warga sekolah tersebut.
Pada tahun
2012, SMK St. Peter menjadi tuan rumah kepada Kejohanan Padang dan Balapan
MSSD(Majlis Sukan Sekolah Daerah) Kuala Penyu yang bermula pada 27 February
hingga 1 Mac 2012. Kejohanan ini diadakan di padang SMK St. Peter Bundu sendiri.
Kejohanan ini telah dimenangi oleh tuan rumah buat kali pertama dalam sejarah
sukan sekolah dalam masa 45 tahun. Kemenangan ini telah membuktikan bahawa
sekolah ini telah berusaha untuk menjadi juara.
MEMBUAT KOMPOS
Apakah Dia Membuat Kompos?
Membuat kompos adalah cara semulajadi bahan organik di kitar semula. Ianya adalah proses di mana bahan-bahan organik di reputkan oleh mikrorganisma dalam keadaan beroksigen. Hasil daripada proses ini ialah kompos yang menguntungkan alam sekitar sebagai baja semulajadi untuk perkebunan dan pertanian.
Faedah-faedah membuat kompos
Membuat kompos mempunyai banyak faedah. Di antara faedah-faedah yang penting ini ialah;
- Menuntungkan alam semulajadi dengan mengitar semula bahan-bahan sumber organic yang bernilai.
- Menjimatkan wang daripada membeli baja untuk tumbuhan.
- Memainkan peranan sebagai pendandan tanah dan menambah isipadu tanah.
- Menjimatkan air dengan menahan kelembapan dalam tanah.
Sekiranya anda tidak mempunyai taman atau menduduki rumah kediaman bertingkat, anda juga boleh membuat kompos dan menggunakan untuk tumbuhan-tumbuhan di rumah atau sekolah, memberinya kepada sahabat atau menggunakan dalam taman komuniti.
Biologi Membuat Kompos
Empat bahan yang penting dalam membuat kompos ialah;
Bahan Kering + Bahan Hijau + Udara + Air
“ Bahan Kering” dan “ Bahan Hijau” adalah bahan organic yang boleh reput dan menjadikan bahan utama untuk membuat kompos.
“ Bahan Kering” adalah bahan seperti daun kering, ranting dan kayu, serbuk kayu dan sebagainya. Bahan-bahan ini mengandungi banyak karbon.
“ Bahan Hijau” adalah sisa bahan seperti sisa-sisa sayur, kupasan buahan, sisa makanan dan najis. “ Bahan Hijau” mengandungi banyak nitrogen.
Kita perlu menggunakan separuh “ Bahan Hijau” dan separuh “ Bahan Kering” mengikut isipadu dalam sesuatu timbunan kompos.
Kandungan Bahan-Bahan Senang Reput.
- Sisa-sisa Dapur/ Kantin
|
sisa buangan makanan yang berguna dalam pembuatan baja kompos |
- Sisa-sisa buangan makanan
- Sisa-sisa buangan buah-buahan dan sayuran, kulit, kupasan,
- biji, daun, akar, batang jagung dan sebagainya.
- Isi perut
- Daging dan bahan susu, kulit telur.
- Sisa-sisa Makanan yang berlebihan.
- Uncang the, serbuk kopi.
- Sisa-sisa Kebun
- .Potongan Rumput
- Daun
- Rumput-rumput
- Daun Kering
- Kayu-kayuan ( ranting & dahan )
- Jerami
- Serbuk kayu
- Tanah
- Surat Khabar dan Kadbod
- Tuala tandas
- Kertas tandas
- Kertas tisu
- Kotak karbon
- Benda-benda lain
- .Lampin kanak-kanak pakaibuang ( buangkan seleput plastic dahulu )
- Tuala Wanita ( buangkan seleput plastic dahulu )
Udara adalah bahan yang amat penting bagi kehidupan dan pembiakan mikroorganisma pereput.
Air memberi kelembapan kepada mikroorganisma pereput.
Apabila kita membuat timbinan kompos, kita sebenarnya sedang membina tempat kediaman bagi mikroorganisma ini. Rombakan kompos ini amat penting untuk memberi udara dan air kepada mikroorganisma pereput.
Salah satu bahan yang sering digunakan ialah tanah yang menjadi sumber mikroorganisma yang mempercepatkan proses pereputan. Mikroorganisma pereput yang penting adalah bacteria, kulat, cacing dan serangga. Sisa-sisa dapur atau kantin dan makanan boleh juga digunakan sebagai bahan dalam beberapa cara membuat kompos.
Kompos yang siap berbau tanah, berwarna coklat atau hitam dan berasa relai dan sedikit lembab. Kompos akan siap lebih awal sekiranya bahan yang digunakan lebih halus.
Membuat kompos bagi tujuan perkebunan organik adalah sama seperti di atas tetapi tanpa bahan-bahan kertas ( tisu kertas, tuala kertas, lampin kanak-kanak, kadbod dan sebagainya ) oleh sebab mereka ini dirawat dengan bahan kimia dalam proses pembuatan.
Maklumat diperolehi daripada laman web http://www.sabah.edu.my/serasi/KOMPOS/Apakah%20dia%20kompos.html
PROGRAM KEBERSIHAN DAN KECERIAAN (PELAN LANSKAP) SMK. ST. PETER BUNDU 2008-2013.
Sekolah merupakan salah satu institusi yang banyak mendedahkan pelajar sert amasyarakat tentang pengurusan alam sekitar. Selari dengan salah satu objektif Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), iaitu membangun modal insan , pihak sekolah ingin memberi peluang dan pendedahan kepada pelajar agar dapat membina intelek, sahsiah dan sosial yang baik. Sekolah yang bersih dan ceria akan dapat menyediakan suasana yang kondusif untuk pelajar dimana ini merupakan prasyarat untuk mencipta kecemerlangan pelajar. Unutk tujuan tersebut, pihak sekolah telah merangka sebuah Program Kebersihan dan Keceriaan (Pelan Lanskap) SMK St. Peter Bundu 2008-2013.
Objektfi Program :
- Menyediakan kemudahan yang kondusif kepada para pelajar.
- Mewujudkan sekolah yang bersih, hijau dan indah.
- Meransang pembelajaran murid hasil daripada persekitaran yang selesa.
- Mewujudkan kesedaran di kalangan warga sekolah tentang kepentingan penjagaan alam sekitar.
Pelaksanaan program
- Pondok ilmu.
- Sudut perbincangan.
- Taman L.
- Makmal MPV.
- Perhentian Menunggu bas.
Pondok Ilmu yang siap dibina pada tahun 2010 |
PROGRAM SERASI
APAKAH ITU PROGRAM SERASI ?
Program Sekolah Rakan Alam Sekitar (SERASI) yang melibatkan semua sekolah menengah dan rendah di Sabah menjadi program utama sempena sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) di Sabah. Program ini merupakan pendekatan menyeluruh dalam pengurusan, kurikulum, kurikulum dan penghijauan sekolah di kalangan warga sekolah bersama-sama keluarga, komuniti setempat, pihak kerajaan dan swasta serta badan bukan kerajaan. Ia dilaksanakan menerusi pendekatan pendidikan alam sekitar untuk membentuk masyarakat yang prihatin dan menhargai alam sekitar pada sepanjang masa. SERASI juga merupakan pusat pembelajaran dan pengajaran yang dapat mempengaruhi warga sekolah dan masyarakat ke arah kehidupan lestari.
Objektif
- Mempertingkatkan kesedaran terhadap kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar di sekolah
- Memupuk sikap positif dan cintakan alam sekitar di kalangan warga sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
- Untuk mengalakkan inovasi ke arah membentuk persekitaran sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
- Mengiktiraf usaha berterusan sekolah dalam program pendidikan alam sekitar.
Mengapa Anugerah SERASI diberikan ?
Anugerah SERASI merupakan satu penghargaan dan pengiktirafan ke atas sumbangan dan usaha gigih sekolah-sekolah di Sabah dalam memupuk dan meningkatkan tahap kesedaran di kelangan warga sekolah mengenai kepentingan memulihara dan memelihara alam sekitar menerusi pelbagai program dan aktiviti di sekolah.SERASI menawarkan hadiah utama yang dikenali sebagai:
- ANUGERAH SEKOLAH RAKAN ALAM SEKITAR ( SK MENENGAH )
- ANUGERAH SEKOLAH RAKAN ALAM SEKITAR ( SK RENDAH )
- ANUGERAH WIRA HARAPAN
Anugerah berdasarkan kategori juga diberikan seperti berikut:
- Pengurusan Alam Sekitar Terbaik
- Aktiviti Kesedaran Alam Sekitar Terbaik
- Penghijauan Sekolah Terbaik
- Kebersihan dan Keindahan Persekitaran Sekolah Terbaik.
- Inovasi Alam Sekitar Terbaik.
Konsep SERASI
- Amalan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di sekolah pada sepanjang masa.
- Menyokong dan mengukuhkan program pendidikan alam sekitar merentas ko-korikulum.
- Pendekatan menyeluruh yang melibatkan warga sekolah bersama keluarga, komuniti setempat, kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan.
- Pendekatan bersepadu dalam pengurusan,ko- kurikulum dan penghijauan sekolah.
- Sekolah Menengah dan Rendah Kerajaan serta Sekolah Bantuan Kerajaan.
- Sekolah Menengah Agama Negeri.
- Maktab Sains MARA di negeri Sabah.
- Sekolah Rendah dan Menengah Swasta (bermula pada 2006).
Pemilihan secara berperingkat akan dijalankan bagi menyenaraipendekkan sekolah-sekolah yang layak untuk dinilai bagi Anugerah SERASI.
MAKLUMAT INI DIAMBIL SEPENUHNYA DARIPADA LAMAN WEB http://www.sabah.edu.my/serasi/umum/SERASI1.html
JAWATANKUASA SEKOLAH RAKAN ALAM SEKITAR (SERASI) 2012
SMK ST. PETER BUNDU, KUALA PENYU
PENGERUSI : ENCIK TEO TUAN HO(PENGETUA)
TIM. PENGERUSI : ENCIK GOH KUI LING(PEN. KANAN PENTADBIRAN)
NAIB PENGERUSI : ENCIK MUHID BIN MISRIN(PK HEM)
: ENCIK JUSTIN IPIU
SETIAUSAHA : ENCIK HALDY CHEW
BENDAHARI : PUAN LAURINA JACKLYN TEO
SENARAI AHLI :
A. UNIT PENGURUSAN ALAM SEKITAR
ENCIK GOH KUI LING(KETUA)
ENCIK TEO TUAN HO
ENCIK SIMLEN LATIP
ENCIK MUHID MISRIN
B. UNIT KESEDARAN ALAM SEKITAR
ENCIK FREDZARIN KOK(KETUA)
ENCIK LIM PAU CHUN
PUAN BEATRICE MICHAEL
PUAN EDANA J.ELIP
ENCIK TEDONG AK JISUK
C.UNIT PENGHIJAUAN SEKOLAH
PUAN NORHAINI JAINI (KETUA)
ENCIK DOHNY SANGIN
ENCIK MOHD. FIRDAUS
PUAN SINYAR INSUIN
PUAN FELECIA KOK
ENCIK TIM KEN KIAT
ENCIK ALI SAMIN
D. UNIT KEBERSIHAN DAN KEINDAHAN PERSEKITARAN DI SEKOLAH
PUAN KARTINAH HAJI KARIM (KETUA
ENCIK JIMMY CHONG
ENCIK CYRIL PRIMUS
ENCIK MUSI FARNWELL
CIK SIMAH MATNUR
USTAZAH LISDAH
ENCIK JUMULI KUMANDU
E. UNIT INOVASI ALAM SEKITAR
PUAN ZALEHA MEON (KETUA)
ENCIK AFFINDAY OMAR BAKI
CIK MARY TUNSIN
PUAN ROSINAH SHARAN
Sunday, 18 March 2012
Aktiviti sempena Hari Alam Sekitar SMK St. Peter Bundu 2007 |
wajah kegembiraan pelajar setelah mereka dapat mendirikan 3 tong kitar semula di sekolah. |
Bertarikh 28 Julai 2007, SMK St. Peter Bundu telah mengadakan Hari Alam Sekitar di sekitar kawasan sekolah mereka. Sambutan Hari Alam Sekitar ini merupakan tanda sokongan pihak sekolah terhadap usaha menjaga , melindungi dan mempertahankan alam sekitar. Aktiviti ini juga merupakan salah satu pengisian program SEKOLAH Alam Sekitar (SERASI).
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan antaranya ialah :
1) Perasmian Hari Alam Sekitar
2) Gotong royong membersihkan kelas.
3) Melabel pokok bunga dengan nama tempatan dan saintifik.
4) Menampal kata-kata hikmat di kawasan strategik.
5) Pertandingan mencipta barang baru daripada barangan terbuang.
6) Mendirikan tong kitar semula.
Antara aktiviti yang diadakan sempena Hari Alam Sekitar SMK ST. Peter Bundu 2007
Saturday, 17 March 2012
MAJLIS PERASMIAN PROGRAM SERASI SMK ST. PETER BUNDU KUALA PENYU 2007
Alam Sekitar dan manusia umpama isi dengan kuku. Oleh sebab itu sebagai penghuni kepada alam sekitar ini, manusia perlu mengurus, memelihara dan melindungi alam sekitar. Kesedaran untuk mengurus, memelihara dan melindungi alam sekitar semakin mendesak terutamanya apabila ia dikaitkan dengan pelbagai fenomena alam yang semakin membimbangkan kita seperti pemanasan global.
Bermula pada tarikh 10 Ogos 2007, secara rasminya Program SERASI telah diwujudkan di Sekolah Menengah Kebangsaan St. Peter Bundu, Kuala Penyu. Program ini telah dirasmikan oleh Datuk Eric Juin, Pengarah Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Negeri Sabah bertempat di Dewan Paroki St. Peter Bundu. Pelbagai aktiviti telah dijalankan terlebih dahulu pada 28 Julai 2007 seperti pertandingan mencipta bahan baru daripada barangan terpakai, melabel pokok, gotong-royong dan menampal kata-kata hikmat.
Selaras dengan program ini, SERASI SMK St. Peter Bundu membentuk 4 objektif program ini iaitu:
1) Memupuk kesedaran menjaga alam sekitar sebagai suatu tanggungjawab
bersama.
2) Melindungi dan mengekalkan keindahan dan kehijauan sekolah.
3) Menyemai perasaan sayang dan cinta akan alam sekitar.
4) Memupuk hubungan kekeluargaan dalam kalangan warga sekolah.
Koleksi gambar semasa Majlis Perasmian :
Datuk Eric Juin dalam ucapan beliau untuk Majlis Perasmian Pelancaran Program SERASI . |
Ceramah Kesedaran Alam Sekitar oleh kakitangan Jabatan Perlindungan Alam Sekitar. |
Subscribe to:
Posts (Atom)