NILAI-NILAI MURNI ALAM SEKITAR
Nilai-nilai murni
berikut dikenalpasti sebagai nilai utama untuk disebar kepada
pelajar dan orang
awam.
1. Prinsip Rendah
Diri:
Bumi bukanlah
milik kita manusia, kita adalah sebahagian dari Bumi dan Alam
(sekurang- kurangnya diri atau jasad kita yang fizikal ini adalah sebahagian
daripada Alam).
2. Prinsip
Bekerjasama :
Peranan kita
ialah memahami alam tabii dan bekerja serta hidup dengan cara seiring
jalan atau dengan cara yang berharmoni dengannya, dan bukan untuk
menawan atau menjajahnya.
Bumi tempat kita berlindung |
3. Prinsip
Menghormati Alam atau Bumi :
Semua spesis
mempunyai hak untuk hidup atau sekurang-kurangnya
berjuang untuk hidup, oleh
kerana ia juga makhluk yang dijadikan
Tuhan. Hak mereka ini tidak
bergantung kepada samada spesis
tersebut ‘berguna’ atau tidak kepada
manusia.
4. Prinsip Hidup
Seimbang :
Perkara-perkara
yang terbaik di dalam hidup bukan sahaja kebendaan,
perasaan
kebahagiaan perlu diambil kira.
5. Prinsip
Mementingkan Kemampanan Ekosistem:
Sesuatu itu
adalah baik apabila ia dapat mengekalkan keutuhan ekologi, keterusan dan
kepelbagaian sistem-sistem yang menyara kehidupan di Bumi untuk kita
dan hidupan-hidupan lain dan salah apabila ia mengakibatkan yang
sebaliknya.
6. Prinsip
Mengekalkan Hidupan Liar dan Kepelbagaian Hidup atau Biodiversiti :
Amatlah salah
bagi manusia mengakibatkan kepupusan mana-mana spesis liar serta
menghapus dan mengdegradasikan habitat mereka
7. Prinsip
Kerosakan Yang Minima :
Apabila kita
terpaksa melakukan perubahan kepada Alam atau Bumi untuk memenuhi
keperluan kita, kita mestilah memilih cara yang akan mengakibatkan
kerosakan yang minima.
8. Prinsip
Perubahan Berterusan :
Sekiranya kita
ingin melakukan perubahan kepada Alam atau Bumi, kita mestilah mengikut
kadar dan cara yang sesuai dengan Alam atau Bumi.
9. Prinsip
Ekonomi Bukanlah Segala-galanya
Amatlah salah
sekiranya dianggap manusia dan benda-benda hidup sebagai tidak mempunyai
sebarang nilai selain daripada nilai ekonomi.
10. Prinsip
Mengiktiraf Hak Mereka Yang Belum Lahir atau Hak Generasi Yang Akan Datang
Kita harus
meninggalkan Bumi dalam keadaan yang sama kalau tidak pun
lebih baik lagi.
11. Prinsip
Tanggungjawab Setiap Individu:
Bahan kimia yang tidak dibuang secara terancang mampu mencemarkan alam sekitar. |
Semua orang
mestilah bertanggungjawab ke atas pencemaran dan degradasi
alam sekitar yang
diakibatkan olehnya. Membuang bahan cemar di tempat
orang lain adalah
seumpama kita meracuni orang yang mendiami tempat
kita membuang
bahan cemar itu.
12. Prinsip
Kesederhanaan:
Tiada individu,
badan korporat ataupun negara mempunyai hak yang tidak terbatas ke atas
sumber-sumber Alam atau Bumi yang terhad, jangan biarkan keperluan
bertukar menjadi laba.
13. Prinsip
Perlindungan dan Pemulihan Ekosistem
Kita mestilah
melindungi ekosistem yang masih liar dan memperbaiki semula semua yang
telah rosak.
14. Prinsip Etika
Melebihi Hukum
Di dalam
melindungi dan memastikan keteruswujudan Alam atau Bumi berbuatlah lebih
daripada apa yang diminta oleh undang-undang.
15. Prinsip
Mengalami dan Menghayati Adalah Yang paling Baik
Cintailah Alam
atau Bumi dengan mengalami dan menghayati udara, air, tanah, tumbuhan
dan haiwan-haiwannya.
16. Prinsip
Cintakan Persekitaran
Kenalilah
persekitaran kita
Diperoleh daripada laman web: http://www.doe.gov.my/dmdocuments/KomStrategik/BUKU%2011.pdf
No comments:
Post a Comment