MAJLIS PERASMIAN PROGRAM SERASI SMK ST. PETER BUNDU KUALA PENYU 2007
Alam Sekitar dan manusia umpama isi dengan kuku. Oleh sebab itu sebagai penghuni kepada alam sekitar ini, manusia perlu mengurus, memelihara dan melindungi alam sekitar. Kesedaran untuk mengurus, memelihara dan melindungi alam sekitar semakin mendesak terutamanya apabila ia dikaitkan dengan pelbagai fenomena alam yang semakin membimbangkan kita seperti pemanasan global.
Bermula pada tarikh 10 Ogos 2007, secara rasminya Program SERASI telah diwujudkan di Sekolah Menengah Kebangsaan St. Peter Bundu, Kuala Penyu. Program ini telah dirasmikan oleh Datuk Eric Juin, Pengarah Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Negeri Sabah bertempat di Dewan Paroki St. Peter Bundu. Pelbagai aktiviti telah dijalankan terlebih dahulu pada 28 Julai 2007 seperti pertandingan mencipta bahan baru daripada barangan terpakai, melabel pokok, gotong-royong dan menampal kata-kata hikmat.
Selaras dengan program ini, SERASI SMK St. Peter Bundu membentuk 4 objektif program ini iaitu:
1) Memupuk kesedaran menjaga alam sekitar sebagai suatu tanggungjawab
bersama.
2) Melindungi dan mengekalkan keindahan dan kehijauan sekolah.
3) Menyemai perasaan sayang dan cinta akan alam sekitar.
4) Memupuk hubungan kekeluargaan dalam kalangan warga sekolah.
Koleksi gambar semasa Majlis Perasmian :
Datuk Eric Juin dalam ucapan beliau untuk Majlis Perasmian Pelancaran Program SERASI . |
Ceramah Kesedaran Alam Sekitar oleh kakitangan Jabatan Perlindungan Alam Sekitar. |
No comments:
Post a Comment