Monday, 19 March 2012

INGIN TAHU MENGENAI SMK ST. PETER BUNDU???

Wajah-wajah SMK St. Peter Bundu

Sejarah Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan Saint Peter Bundu yang terletak di daerah Kuala Penyu merupakan sekolah yang pertama di kawasan tersebut. Sekolah ini telah dibina oleh Rev. Geest yang terdiri daripada 5 buah kelas, sebuah bilik guru, pejabat am dan pejabat pengetua. Pada tarikh 7 Januari 1966, secara rasminya sekolah ini dibuka dengan nama SMK St. Peter Bundu.


      Pengetua yang pertama ialah mendiang Rev Fr. F. Frerichs dan dibantu oleh Sr.M Aquinas. Pada permulaan operasinya, terdapat tenaga pengajar daripada India , Burma dan Ceylon. Sekolah hanya bermula dengan 17 orang murid bagi setiap kelas. Pada tahun 1968, sekolah ini telah mengadakan Junior Certificate of Education (JCE) atau dikenali sebagai Penilaian Menengah Rendah (PMR) buat pertama kali. Pada tahun pertama kali dilaksanakan, hanya seorang sahaja pelajar JCE gagal daripada 17 orang murid yang mengambil ujian tersebut. Sekolah ini pada peringkat awalnya hanya menyediakan persekolahan sehingga tingkatan tiga.
      Setelah melihat kepada peningkatan para pelajar, tingkatan empat telah diwujudkan pada tahun 1995 dengan jumlah pelajar seramai 33 orang pelajar dan jumlah ini telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) pada tahun yang sama. Pada tahun 2002, kelas aliran sains telah diwujudkan dan seramai 25 orang pelajar menduduki SPM tahun 2003.
   
     Aspek perkembangan kemudahan fizikal pula turut meningkat selari dengan jumlah peningkatan jumlah pelajar. Pada tahun 1991, pengetua sekolah, Puan Marie Yong Pik Hua telah megubahsuai bilik guru lama menjadi dua buah bilik darjah yang merangkumi pelbagai kegunaan iaitu pusat sumber, dan stor kemahiran hidup. Pada tahun 1992 pula, beberapa bilik darjah telah dibina oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
  
   Pada tahun yang sama, bangunan pentadbiran berjaya dibina bagi menempatkan pejabat, bilik guru, makmal, surau dan stor. Sebuah bangunan tiga tingkat yang bernilai RM 1.2 juta telah dibina pada tahun 2000 yang telah dipecahtanah oleh Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Bernard Giluk Dompok. Bangunan ini siap sepenuhnya pada tahun 2001, bangunan tersebut telah diberkat oleh Rev. Fr. Anthony Mikat mengikut
kepercayaan penganut agama kristian pada 8 Ogos 2002. 
Pada bulan Ogos tahun yang sama, Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah (JPPS) telah meluluskan peruntukan RM 100,000 bagi membina tandas pelajar. Pada tahun 2007, sebuah jalan raya berturap telah dibina di jalan masuk sekolah bagi memudahkan warga sekolah tersebut.
     Pada tahun 2012, SMK St. Peter menjadi tuan rumah kepada Kejohanan Padang dan Balapan MSSD(Majlis Sukan Sekolah Daerah) Kuala Penyu yang bermula pada 27 February hingga 1 Mac 2012. Kejohanan ini diadakan di padang SMK St. Peter Bundu sendiri. Kejohanan ini telah dimenangi oleh tuan rumah buat kali pertama dalam sejarah sukan sekolah dalam masa 45 tahun. Kemenangan ini telah membuktikan bahawa sekolah ini telah berusaha untuk menjadi juara. 


No comments:

Post a Comment